main |
sidebar
Oleh : admin membumikan dan menghidupkan Al
Qur’an dan hadist
1. Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku
mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di
hari kiamat sebagai syafa’at kepada pembacanya”.
(Hadith Riwayat Muslim)
2. Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata
: Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran
dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah
Al Baqarah dan Surah A-li ‘Imraan, kedua-dua surah ini menghujah (
mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”.
(Hadith Riwayat Muslim)
3. Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata:
Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Sebaik manusia di antara kamu orang yang
mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.
(Hadith Riwayat Bukhari)
4. Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda
Rasulullah S.A.W. :
“Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk
menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”.
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
5. Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah
berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Umpama orang mukmin yang membaca Al Quran
seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap.
Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada
bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al Quran seperti
Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang
munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu yang tiada bau dan
rasanya pahit”.
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
6. Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi
Muhammad S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa
golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al Quran”.
(Hadith Riwayat Muslim)
7. Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi
Muhammad S.A.W. telah bersabda:
“Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam
dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang Al Quran,
ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan
harta lalu dinafkahkannya siang dan malam”.
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
8. Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah
berkata :
“Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di
sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula
melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila
menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan
peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang
turun disebabkan bacaan Al Quran”.
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
9. Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. beliau berkata :
Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam
ingatannya sesuatu pun daripada ayat Al Quran seperti rumah yang roboh”.
(Hadith Riwayat Tarmizi dan beliau berkata:
Hadis ini hasan sahih)
10. Daripada Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang
yang membaca Al Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan Al Quran
sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau
akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”.
( Hadith Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau
berkata : Hadis ini hasan sahih )
11. Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan
: Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap.
Maka beliau bersabda:
“Siapakah di antara kamu yang suka keluar di
pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau ‘Atiq, dan dia mengambil
darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan
tidak putus hubungan silaturrahim”. Kami menjawab : “Kami suka demikian itu.
Sabda Rasulullah S.A.W : “Kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau
membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik
dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah
seterusnya mengikut bilangan ayatnya”.
(HadithRiwayat Muslim)
12. Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi
Muhammad S.A.W bersabda :
“Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam
sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca Al Quran”.
(Hadith Riwayat Muslim )
13. Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi
Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud
kemudian beliau bersabda :
“Yang mana satukah antara keduanya yang paling
kuat berpegang teguh dengan Al Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah
seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad”.
(Hadith Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa’ie &
Ibnu Majah)
14. Daripada ‘Imran Bin Husain Bahawa beliau
lalu di hadapan qari yang sedang membaca Al Quran kemudian dia berdoa kepada
Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah
S.A.W. bersabda :
“Barangsiapa yang membaca Al Quran maka
berdoalah kepada Allah dengan Al Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa
kaum yang membaca Al Quran dan mereka berdoa dengannya”.
(Hadith Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis
ini hasan)
15. Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata :
“Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al
Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala,
aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu
huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.
(Hadith Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau
berkata hadis ini hasan sahih )
(NB: dari sebuah situs)
A : ambiL yg baik
B : buang yg buruk
C : cipatakan pembaharuan demi kemasLahatan
umat,.
0 komentar:
Posting Komentar